MADINAH : LINANGAN AIR MATA DI RAUDAH
Tiada yang istimewa bagi permaidani berwarna kelabu kehijauan ini jika hendak dibandingkan dengan permaidani2 lain yang tentu lebih cantik. Tapi jika permaidani ini bernyawa, pasti dia berasa sungguh beruntung dari sekalian permaidani yang ada di muka bumi ini kerana letaknya di dalam taman-taman syurga atau dalam erti kata lain, RAUDAH di dalam Masjid Nabawi.
Kami selamat mendarat jam 2.30 pagi di Madinah selepas 3 jam lebih penerbangan dari Istanbul dan semasa menuju ke hotel penginapan, taklimat ketibaan diberikan oleh mutawwif di dalam bas berkaitan waktu solat di Madinah, bilik penginapan dan aturcara harian. Kami juga dimaklumkan bahawa kamera serta hp berkamera dibenarkan dan dibolehkan dibawa oleh jemaah lelaki sahaja ke dalam Masjid Nabawi dan larangan buat jemaah wanita utk membawanya masih tertakluk kepada peraturan. Nampaknya polisi mereka dah berubah dan apakah sebabnya, nanti aku ceritakan dalam n3 yang akan datang.
Hampir 4.20 pula tiba di hotel penginapan Dallah Taibah terletak 30 meter dari Masjid Nabawi dalam kegelapan malam.Namun cahaya terang bersinar dari Masjid Nabawi seakan memanggil2 ku. Lantas aku bergegas naik ke hotel tanpa menyalin pakaian lalu berwuduk. Kami bergegas ke Masjid Nabawi yang ketika itu azan subuh kedua sedang dilaungkan .
Alhamdulillah, sempat solat berjemaah subuh dalam Masjid Nabawi di depan pintu masuk utama selepas kali terakhir berjemaah di sini 4 tahun lalu.
Usai sahaja solat subuh, aku melangkah pulang semula ke bilik penginapan lantas mandi dan menyalin pakaian dan aku seorang diri bersiap semula untuk ke Masjid Nabawi semula kerana telah tertanam satu niat di hati ku,
"Aku nak masuk ke dalam Raudah , Aku nak beribadah dalam Raudah sepuasnya, Aku nak bermunajat dan berdoa dalam Raudah, Aku nak memohon keampunan di dalam Raudah dan aku nak mendapatkan keredhaanNYA"
Ya Allah, Permudahkanlah
Ya Allah, Permudahkanlah
Ya Allah, Permudahkanlah
Ku atur langkah demi langkah menyusuri Masjid Nabawi sehingga kelibat Raudah kelihatan depan mata ku. Nampak dekat tapi jauh kerana Raudah ketika itu dipenuhi dengan jemaah di hening subuh pagi ini dan semua pintu masuk ke dalamnya dikawal .
Ya Allah, Permudahkanlah
Ya Allah, Permudahkanlah
Ya Allah, Permudahkanlah
aku terus berdoa di dalam hati tanpa putus2
Ketika itu sekelompok jemaah telah berkumpul di tepinya menunggu peluang untuk masuk ke dalamnya. Aku pun menunggu dengan penuh sabar sambil selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W tidak putus2 dari mulut ku .
Hampir setengah jam menunggu, pihak polis mula mengarahkan seorang demi seorang jemaah yang berada di dalam Raudah keluar tanpa membenarkan kami masuk. Kelihatan petugas Masjid Nabawi pula memasuki kawasan Raudah yang telah lenggang untuk melakukan kerja2 pembersihan .
Tetiba dibelakang tabir plastik di kawasan raudah untuk jemaah muslimah, kedengaran deraian tapak kaki yang kuat menyerbu ke dalam raudah seolah-olah sekumpulan kuda yang terlepas dari kepungan . Rupa2nya ketika itu sekumpulan jemaah muslimah telah memasuki raudah yang rasa ku pasti dalam keadaan yang berebut2. Esakan dan tangisan selepas itu mula kendengaran disebalik tabir sambil ada yang telah meraung2 ditabir plastik hingga kelihatan bergegar tabir plastik .
Begitulah cabaran bagi kaum muslimah yang nak masuk ke kawasan Raudah. Tentu kalian pernah mengalaminya.
Aku pula masih sabar menunggu kerana sebentar lagi tentu kami yang telah menunggu hampir 1/2 jam di sini dibenarkan masuk .
Akhirnya penantian hampir 1/2 jam yang aku rasakan seperti bertahun2 lamanya terungkai juga akhirnya bila sekatan plastik tebal yang dibuat di situ akhirnya dibuka , dengan pantas aku mengambil saf di hadapan sekali bersebelahan mimbar dan tidak terganggu oleh jemaah2 lain yang pastinya akan lalu lalang .
Perasaan ku ....
Hanya Allah sahaja yang tahu ketika itu dan apa yang telah aku niatkan dan hajatkan sebelum memasuki raudah aku lakukankan dan laksanakan dengan sebaik mungkin dengan tenang dan tanpa ganguan .Terasa jiwa dan hati ku ketika itu kosong kerana hanya kepada Allah sahaja tumpuan ku ketika itu.
hebatnya kota2 besar itu hanya pada pandangan kasar sahaja sedangkan hakikatnya berada di dalam "taman-taman syurga" ini begitu indah dan sukar digambarkan
Hanya sesiapa yang pernah berada di dalamnya sahaja yang tahu .............
Hampir 1 jam aku habiskan masa ku di dalam Raudah dengan melakukan perkara2 yang disunatkan dan dituntut berulang2 kali tanpa jemu kerana saat, detik dan ketika berada di dalam "Taman-Taman Syurga" ini pada ku sunguh-sungguh bermakna dan berharga sekali.
Aku sendiri tak pasti , berapa kali air mata ku gugur berlinangan tanpa diundang ketika aku bersujud memohon keampunan kepada Allah ketika itu dan ketika aku mengenang akan pembalasan Allah yang pasti akan tiba juga di atas setiap perbuatan dan amalan yang aku lakukan ketika hayat ku dikandung badan.
Ya Allah,
Aku insan yang lemah yang punya banyak dosa
aku tak layak berada di syurga mu
tapi aku takut dan tak mahu ke neraka
ampunilah dosa2 ku Ya Allah
Doa ku angkat tidak putus-putus ketika itu buat diri ku, isteri ku, anak2 ku, kedua ibubapa ku, kaum keluarga ku, sahabat dan rakan taulan ku serta kaum muslimin dan muslimat sekalian.

Aku pernah menjejakkan kaki ku ke beberapa kota2 besar di dunia,
namun di "taman-taman syurga" ini keadaan hati dan perasaan sangat berlainan sekali berbanding menjejakkan kaki ke kota2 besar tadi ,

Memang rezeki ku pagi itu kerana kami tidak diarahkan keluar dan jemaah lain pula yang menunggu diluar tidak dibenarkan masuk ke dalam .
Setelah kering air mata di pipi, sebelum melangkah keluar , aku sempat rakamkan detik2 indah di dalam Raudah sebagai kenang-kenangan seumur hayat ku menggunakan hp cokia n86 ku sebelum aku melangkah keluar dengan perasaan puas kerana salah satu hajat ku telah dipermudahkan dan di kabulkan oleh Allah S.W.T
Hanya beberapa keping foto sahaja yg tersiar di dalam n3 ini yang sempat aku rakamkan sebelum kaki ku begitu berat sekali utk meninggalkan "taman-taman syurga" kerana ingin memberi peluang pula kepada jemaah lain merasai kenikmatan berada di dalam "taman-taman syurga"
ALHAMDULILLAH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan